AGA Group MoU Signing Ceremony Between UKM & KTMB

AGA Group MoU Signing Ceremony Between UKM & KTMB

Putrajaya Marriott Hotel, Putrajaya
09 Jun 2015

BAGI menyediakan kaedah dan kajian yang betul dalam data analisis, Syarikat teknologi analitik Kumpulan AGA menjalinkan kerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melalui memorandum persefahaman (MoU) melibatkan ketiga-tiga entiti tersebut. Pengerusi Eksekutif Kumpulan AGA, Datuk Khan Mohd Akram Khan berkata, MoU tersebut bertujuan membolehkan analisis dan kajian teliti dijalankan terhadap perlbagai set data yang dimiliki KTMB. “KTMB akan membekalkan set data yang dimilikinya merangkumi pelbagai aspek seperti jadual dan waktu perjalanan, jumlah penumpang dan lain-lain lagi. “Sementara itu kami, Kumpulan AGA yang terkenal sebagai syarikat teknologi analitik akan menjalankan analisis terhadap data tersebut menggunakan kaedah, pengkategorian dan standard yang ada pada UKM,” katanya selepas majlis MoU tersebut di Putrajaya. Menurutnya, hasil analisis tersebut diharapkan dapat di manfaatkan secara praktikal oleh KTMB serta pelbagai pihak lain untuk membuat keputusan dengan lebih baik. “Kami juga akan menubuhkan satu pasukan yang dianggotai oleh wakil dari Kumpulan Aga, KTMB dan UKM dalam menjalankan analisis data tersebut. “Kami akan menggunakan kaedah analisis data yang standard serta menghubung kaitkan semua data yang ada dalam membantu mengoptimumkan penggunaan sumber serta aset syarikat bagi mengelakkan pembaziran,” katanya.

Source : http://www.sinarharian.com.my/bisnes/mou-pertingkat-kajian-data-analisis-1.399808