Intan Digital Exploration (IDeX) 2015

Intan Digital Exploration (IDeX) 2015

Intan Bukit Kiara, Kuala Lumpur
19 Nov 2015

Program INTAN Digital Exploration IDeX 2015 Conference and Showcase - "The Future is Now" . Penganjuran program ini bertujuan menyediakan platform perkongsian idea dan pengalaman ke arah menjayakan agenda transformasi digital kerajaan, meningkatkan perkongsian teknologi terkini kepada sektor awam, meningkatkan jalinan kolaboratif awam dan swasta serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai sektor awam dalam bidang teknologi. Program ini merupakan kolaboratif strategik di antara INTAN, Jabatan Perkhidmatan Awam dan rakan industri. Pengerusi AGA Group, Datuk Haji Khan telah dijemput untuk menjadi panel dalam majlis ini. AGA juga telah membuka sebuah 'booth' di ruang legar semasa program ini berlangsung.