33 Jam Hackathon Data Terbuka Sektor Awam 2015

33 Jam Hackathon Data Terbuka Sektor Awam 2015

TM Innovation Centre, Cyberjaya
09 Sep 2015

Pengerusi AGA Group, Datuk Haji Khan telah dijemput untuk menjadi salah seorang panel hakim dalam Program Hackathon Terbuka Sektor Awam 2015. Program Hackathon Terbuka Sektor Awam 2015 merupakan satu pertandingan pembangunan produk menggunakan set data yang disediakan di Portal Data Terbuka Sektor Awam sebagai data asas di samping menggunakan sumber-sumber data lain. Penganjuran Program Hackathon ini bertujuan untuk menyediakan ruang perkongsian ilmu, mempromosi produk atau inisiatif digital perkhidmatan awam dan menggalakkan penglibatan komuniti dalam membangunkan produk inovasi menggunakan Data Terbuka Sektor Awam. Justeru, penyertaan program ini adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan tiada sebarang yuran penyertaan dikenakan.

Pemilihan tema Program Hackathon pada tahun ini "TERBUKA, INOVATIF, MENCIPTA" adalah sangat bertepatan dengan objektif penganjurannya iaitu TERBUKA kepada semua rakyat Malaysia dan peserta bebas dalam penggunaan set data dari portal Data Terbuka Sektor Awam dan set data dari sumber lain untuk MENCIPTA produk yang INOVATIF dan ANALITIK. Perasmian Program Hackathon ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Seri Zainal Rahim bin Seman, Ketua Pengarah MAMPU.

Source : https://www.malaysia.gov.my/public/cms/article/page/754/