Perjanjian Kerjasama antara AGA Touch Sdn. Bhd. dan GMB Malaysia

Perjanjian Kerjasama antara AGA Touch Sdn. Bhd. dan GMB Malaysia

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kuala Lumpur
29 Jun 2015

Datuk Haji Khan bin Haji Akram Khan, Pengerusi Eksekutif Aga Touch Sdn. Bhd telah menandatangani satu perjanjian kerjasama bersama GMB Malaysia. Di dalam perjanjian kerjasama ini, GMB Malaysia telah diwakili Encik Agil dan disaksikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Kerjasama ini melibatkan penyediaan platform aplikasi pembangunan usahawan tempatan terutama Bumiputera bagi menaik taraf pengurusan perniagaan.